Quantcast
Channel: Diet | Ask Kevin Zahri
Viewing all 76 articles
Browse latest View live

Oat dengan kiub tomyam sihat ke?

$
0
0

Salam en zahri,
Sekarang famous sangat oatmeal masak dengan kiub tomyam,
Saya pun baru google je resepi ni tapi curious jugak sihat ke makan oat masak dengan kiub tomyam atau ayam gitu.
Rasa cam ada perasa tambahan (msg) jugak kan dalam kiub tu.
Thank you 😊

The post Oat dengan kiub tomyam sihat ke? appeared first on Ask Kevin Zahri.


MASALAH HORMONE PENYEBAB SUKAR NAK KURUS

masalah diet

$
0
0

Assalamualaikum Kevin Zahri.

Nama saya Ann & saya adalah seorang student berumur 21 tahun. Saya lahir dengan berat badan normal. Namun berat saya mula meningkat apabila saya masuk sekolah menengah. Apabila saya mula masuk alam universiti, ketika diploma, berat saya semakin naik. Saya selalu diejek kawan-2 sebab berat saya yg semakin naik. Ada masanya saya selalu menangis sorang-2 sebab tak tahan. Sekarang saya sedang sambung degree & perkara yg sama masih berlaku. Saya dah cuba untuk diet samada jenis diet low carbs atau diet biasa tapi keputusan nya tetap sama. Bantu lah saya Kevin. Saya cuma nak kehidupan & badan macam orang lain. Saya perlukan confidence saya semula 🙁

The post masalah diet appeared first on Ask Kevin Zahri.

turun@tidak??

$
0
0

Salam Mr.Kevin, saya berusia 32tahun. Sejak 18 April 2016 saya memulakan diet dengan mengawal pemakan dan secara perlahan2 saya membuat senaman. Pada ketika itu,berat saya 67.8kg dengan ketinggian hanya 154cm. Saya amalkan makan pada kadar kerap tetapi saya mengawal pengambilan setiap kalori yang diambil. Dalam tempoh ini,saya langsung tidak mengambil sebarang minuman manis. Dari minggu berganti bulan,saya dapati terdapat perubahan pada bentuk fizikal saya. Baju2 lama terutama baju kurung sudah boleh disarung semula. Lemak di perut dan peha pun semakin mengecil. Ditambah pula,pada bulan Ramadhan memang saya gunakan peluang secukupnya untuk mengawal kalori yang diambil tetapi aktiviti senaman,saya STOP dulu. Baju dari saiz L, pada ketika ini saya boleh sarung saiz M.
Mr. Kevin, konflik dalam diri saya bermula apabila mesin penimbang menunjukkan bacaan penurunan berat yang sangat sedikit. Hanya 3.2kg shj yang turun sepanjang tempoh saya berdiet. Bukan satu penimbang yang saya guna untuk menimbang tetapi 4…..kali terakhir saya menimbang ialah pada 1 Julai (64.6kg) . Apa yang membuat saya menjadi semakin stress apabila ada sanak saudara yang menegur saya semakin gemuk pada hari raya (isk…isk..isk). Persoalannya ialah “Kenapa saya merasakan perubahan pada fizikal, lemak2 makin kurang?” “Kenapa saya boleh memakai baju2 lama?” “Tetapi,kenapa jumlah kilo yang turun sangat2 sedikit?” Harap Mr. Kevin dapat merungkaikan masalah saya… Lepas raya ni memang dh ke laut diet saya sb rasa kecewa sangat,hhhuuaaaaaaaa….. TQVM

The post turun@tidak?? appeared first on Ask Kevin Zahri.

Apakah waktu terbaik timbang berat badan?

ROTI UNTUK DIET

$
0
0

Asalamualaikum en kevin zahri , saya ingin bertanya roti yang mana yg paling sesuai untuk dimakan ketika diet ? wholemeal ? wholegrain ? adakah 2 roti ni sama sahaja ? dan saya cuba elak untuk mkn nasi , dgn hanya makan roti waktu sarapan , tghhari dan malam . dan bila terasa lapar saya akan mkn roti juga dan mengamalkan minum air masak dgn lemon . betulkah atau bolehkan cara diet saya ini , terima kasih .

The post ROTI UNTUK DIET appeared first on Ask Kevin Zahri.

Oat Krunch

$
0
0

Assalamualaikum, abg kevin.. Nak tanya.. Untuk snack atau minum petang, adakah oat krunch sesuai utk saya yg hendak turunkan berat badan atau lebih sesuai ambil buah-buahan sebagai snack?

The post Oat Krunch appeared first on Ask Kevin Zahri.

Diet plan

$
0
0

What kind of diet plan that suitable for a woman that have diebetes , hypertension , dylipidemia and obesity ?

The post Diet plan appeared first on Ask Kevin Zahri.


PERUT BUNCIT WALAUPUN DIET DAN BERSENAM

$
0
0

Selamat Pagi Encik Kevin Zahri,

Saya dah menjalani diet lebih kurang sebulan ( tidak makan nasi pada waktu malam dan minum air masak) dan juga berjogging pada hujung minggu serta mengambil minuman diet untuk membersihkan usus tetapi perut saya masih tidak kempis. Saya seorang yang berbadan Ideal, BMI jugak ok, tidak gemuk dan tidak terlalu kurus. Perkara ini amat merisaukan saya, Apakah yang harus saya buat? sama ada terus beridet. berpuasa atau bagaimana?

The post PERUT BUNCIT WALAUPUN DIET DAN BERSENAM appeared first on Ask Kevin Zahri.

Makan melebihi waktu

$
0
0

Hi Salam,

Nak tanya, is it true kalau nak diet/kurus kita tak boleh makan after 8pm? And semasa diet, boleh ke kalau nak ambil nasi? But once a day. Sebab cara diet saya adalah saya jaga kalori, 1000kcal per day but my daily menu is im taking bihun sup for brunch but sometimes i change to nasi for instance nasi ayam penyet and dinner i take ayam uncle bob. Boleh ke? Air memang everyday air suam and tak ambil air sejuk. Btw My height is 158cm and my weight now 50kg

The post Makan melebihi waktu appeared first on Ask Kevin Zahri.

kalori keropok

$
0
0

hello .. saya ingin tanya berkenaan kalori makanan
keropok lekor rebus .. 100 gram bersamaan 150 kcal

adakah jumlah atau lain ?

The post kalori keropok appeared first on Ask Kevin Zahri.

Diet Untuk Menambah Tumbesaran Otot Badan

$
0
0

Assalamualaikum Mr. Kevin.

1. Saya nak dapatkan sedikit maklumat tentang cadangan diet dan jenis makanan yang mengandungi jumlah kalori yang sesuai untuk menambah / menaikkan lagi otot badan. Saya berbadan kurus dan mempunyai BMI underweight. Saya sedang mencari diet yang efektif.

2. Ada perbezaan tak dari segi pengambilan kalori melalui jenis makanan terutamanya seperti makanan segera ? Saya pernah melihat kalori dalam fast food biasanya lebih banyak. Adakah sesuai untuk saya jadikan itu sebagai salah satu sumber kalori utama untuk pembinaaan otot badan ?

3. Boleh berikan saya cadangan menu diet lengkap untuk mendapatkan kalori yang ideal ?

Sekian sahaja soalan dari saya. Harap Mr. Kevin dapat membantu 🙂

The post Diet Untuk Menambah Tumbesaran Otot Badan appeared first on Ask Kevin Zahri.

Greentea

Protein Shake untuk Warga Emas

$
0
0

Hi Kevin,

Is it okay if I want my dad take protein shake in his daily meal? He’s 61 by this year. He is retired, stay at his hometown and doing various of ‘kampung’ work like gardening, creating or fixing things here and there. He just can’t sit quietly. I realized that he become so thin and small. Before retired, he’s an office worker. I do think that he needs more calories than before. However, I stay far from him and can’t manage or watch what he take daily. Hence, I want to buy protein powder for him as from my understanding, he lost his muscle maybe due to age but maybe due to the activities and lack of protein too. But I’m worried if protein powder have an effect to older people as they usually got problem with kidney. Can I have your opinion on this?

The post Protein Shake untuk Warga Emas appeared first on Ask Kevin Zahri.

Ganti oat kepada nasi


diet dengan kurma

$
0
0

Salam Kevin,saya nk tanya ok x kalau saya amalkan diet kurma terutama ketika makan malam. Sekarang hidangan makan malam saya adalah 5 biji kurma dan segelas susu. Adakah ianya baik utk diet yg saya amalkan sekarang?

The post diet dengan kurma appeared first on Ask Kevin Zahri.

Kalori Nasi

$
0
0

Salam Coach Kevin

Saya nak tanya kalori bagi nasi biasa, nasi basmathi, nasi perang adalah sama senggengam tangan?

The post Kalori Nasi appeared first on Ask Kevin Zahri.

makan 3000 kcal sekali seminggu

Ganti nasi kepada bihun dalam diet

$
0
0

Salam En kevin,

Saya nak tanya, kalau saya tukar makan nasi ke makan bihun goreng dalam diet harian, adakah ianya lebih baik atau sebenarnya sama saje kalori nya? Sebab saya baru plan untuk diet tanpa sentuh nasi. Sebelum ni saya makan banyak sangat nasi, saya boleh makan 2 bungkus nasi lemak utk breakfast sahaja 😅

Berat skrg : 62kg
Tinggi : 153cm
Umur : 25 (female)

Plan diet harian

Breakfast – 2 keping roti putih (163kcal)
– telur goreng (100kcal)
– susu kambing (101kcal)
Lunch – 2 keping roti putih (163kcal)
– telur goreng (100kcal)
Evening – bihun goreng (anggaran 2 genggam – 510kcal)
Buat mkn 2x (segenggam dlm pukul 4, segenggam
lagi mkn pukul 7 mlm)

Total calories intake per day – 1137kcal
Target lose 7kg
Tq kevin

The post Ganti nasi kepada bihun dalam diet appeared first on Ask Kevin Zahri.

Kentang

Viewing all 76 articles
Browse latest View live